KUCHING, 20 Mac - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abang Openg serta isteri YABhg Datuk Amar Puan Sri Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang telah hadir ke Majlis Simbolik Penyerahaan Sumbangan Raya 2024 kepada wakil 11 agensi anggota keselamatan dan penguatkuasaan yang akan bertugas menjelang Hari Raya di seluruh Sarawak.
Program Sumbangsih Raya anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak merupakan tanggungjawab mewakili Kerajaan Sarawak menzahirkan tanda keperihatinan dan penghargaan di atas pengorbanan pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang bertugas semasa musim perayaan dalam mempastikan keamanan dan Kesejahteraan Sarawak dan negara
Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sarawak Datuk Nazri bin Mohamad Hassan Timbalan-Timbalan Menteri dan dif-dif kenamaan lain.